Friday, September 28, 2012

Ofis baharu

Buku GISB dibahagi kepada 3 kategori:
1.Agama (Ust. Shahrul, Ust. Shafie, Pn. Siti)
2.Motivasi (Pn. Suraiya, Pn. Jun, Pn. Baizura)
3.Kreatif (Tn. Amir, Tn. Alif)

Masalah kami, bilamana majalah masuk deadline, dtp buku selalu 'dikacau', maka terhentilah proses buku itu, huhu. Namun kini tidak lagi! Janji ditepati, insya-Allah jabatan buku dipisahkan terus dengan majalah dan akan berhijrah ke bangunan baharu. Jika 3 bulan ini kami dapat buktikan produk buku yg disasar berjaya diterbitkan, insya-Allah, mahu naik gaji pun boleh, heh.
ini En. Halim, bos pentadbiran dan kewangan

Lawatan ke ofis baharu Jabatan Buku GISB

Mungkin sedang bincang pasal kedudukan tempat

Tempat ambil wuduk, dulu sini kelas budak-budak IPTS belajar.

Bos buku baharu, Hj. Zakaria Sungib @ Pak Ya.

Hanya jabatan buku dan dtp artisnya akan berada di sini.

Ini bos dtp, Hj. Badrul Hisham @ Pak Cik Bad @ Hang Jebat (? hj. bad da..)
rumah syaitan!

Wednesday, September 26, 2012

Bini saya pandai masak..

Untunglah ada bini =) alhamdulillah
kuetiau goreng
yg ni saya masak =p

yg ni bini beli

kupon apa entah katanya

yg ni dari thai


nak join?
 Apakah?
next post
insya-Allah..

Tuesday, September 25, 2012

Jika

Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

zaman sekarang, ada orang menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk menghalang usaha tabligh, saya tidak hairan kerana pada zaman Nabi SAW, orang munafik pun pernah melakukan perkara yang sama. Ketika perang Tabuk, mereka menghasut Para Sahabat dengan berkata, “Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.”

Ketika musim kurma berbuah ranum dan akan luruh, Para Sahabat meninggalkan kebun-kebun mereka untuk berjihad. Orang munafik berkata, “Membazir itu amalan syaitan.”

Tuan-tuan semua tidak perlu ragu-ragu. Zaman dulu pun sudah ada golongan manusia yang menyekat umat Islam keluar di jalan Allah dan menggunakan dalil al-Quran untuk menyekatnya.

Monday, September 24, 2012

Pesanan masyaikh selepas ijtimak sebelum mereka balik

Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

1. Hidayat datang asbab pengorbanan. Bilal berkorban, Allah beri hidayat kepada Khalid al-Walid. Dengan ke-Islaman Khalid, banyak negara berjaya di-Islamkan.

2. Allah sengaja tidak zahirkan hasil usaha kita di depan mata kita kerana kita akan melihat apa hasil usaha kita di hari akhirat nanti. Mungkin usaha kita itu berhasil ketika kita sudah tiada lagi di dunia.

3. Tertib dakwah, mesti guna harta, diri dan masa milik sendiri. Nabi SAW boleh beri bantuan kepada orang yang tidak keluar jalan Allah seperti anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin. Tapi, untuk orang yang berjihad, tertibnya perlu guna harta sendiri untuk keluar, baru Allah buat perubahan kepada diri dan masyarakat. Nabi SAW, walaupun Abu Bakar tawarkan unta percuma dalam peristiwa Hijrah, Baginda tidak mahu mengambilnya secara percuma bahkan Baginda berhutang dan berjanji untuk membeli unta itu.

4. Jangan berkasar dengan karkun kerana mereka adalah BERLIAN. Jika kita pecah hati dengan mereka, ke mana lagi mereka hendak pergi? Umat yang rugi kerana kurangnya daie.

5. Karguzari ijtimak di Johor, ada major tentera datang bertanya, “Bolehkah beliau membawa para prebet yang bermasalah untuk keluar di jalan Allah?”

6. Wanita ialah pintu. Jika wanita rosak, rosaklah masyarakat. Jika dengan orang awam, kita perlu layan macam main wau. Tapi, dengan orang perempuan, kita perlu layan macam main ular tedung. Jagalah wanita baik-baik kerana syaitan boleh menghasut kita melalui mereka. Oleh itu, buat taklim rumah, keluar masturat.

7. Buat usaha dengan mujahadah, buat kerja ikut masa yang diputuskan dalam mesyuarat, sama ada suka atau tidak. Buat dengan pengorbanan dan ikut sunah Nabi SAW.

8. Masjid adalah kilang memproses ‘daie’. Kilang proses, tapi, barang dari kilang digunakan di tempat lain. Di mana hendak guna? Di rumah, di tempat kerja dan di seluruh alam.

9. Kalau tak hasilkan orang baru, ibarat kilang ada tetapi tiada bahan mentah. Lama-lama kilang pun tutup. Siapa yang rugi? Kilang tidak beroperasi kerana karkun gagal bagi masa ziarah setiap hari (2 jam setengah).

10. Istikhlas, hanya sibuk dalam kerja dakwah, keperluan keluarga di rumah dan juga keperluan di tempat kerja.

11. Semua usaha yang berkait dengan Islam adalah USAHA-USAHA YANG HAK. Kita tidak boleh mencerca usaha-usaha lain. Tapi, masyaikh suruh kita buat kerja ini sahaja kerana inilah kerja Nabi akhir zaman. Usaha-usaha lain, anggaplah seperti usaha-usaha Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW.

12. Ikat diri dengan mesyuarat dan amal infradi.

13. Kalau Siti Sarah, ketika beliau cuba digoda oleh Raja Mesir, Allah lumpuhkan tangan raja itu. Tetap, mengapa Nabi Muhammad SAW, Allah rela biarkan direjam dengan batu sehingga berdarah? Kerana Baginda berkorban supaya hidayat sampai kepada kita!
14. Ada Sahabat mahu mendirikan rumah di sebuah tempat yang strategik dan menjadi punca air. Dia mahu beribadat di situ sampai mati. Nabi SAW jawab, “Berdiri seketika di jalan Allah lebih baik daripada beribadat di dalam rumah selama 70 tahun.”

Sunday, September 23, 2012

manzil & DTI

Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
3 perkara dlm manzil yang perlu diniatkan:

1. jemaah tunai
2. lima amal
3. sedarkan umat
*belajar dengan orang tempatan, jika usaha di situ maju

Tujuan DTI (dakwah, taklim, istiqbal):
1. tauhid
2. risalah
3. yakin akhirat

Tuesday, September 4, 2012

Sedapnya! Terima kasih bini.

kerang rumah papa mama

ikan bakar papa mama

megi goreng

sosej, keju, hash browns, black pepper, telur

Wednesday, August 29, 2012

MEMBETULKAN SALAH FAHAM MENGENAI MAKSUD DAKWAH YANG SEMPURNA

(Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN)
caption: pokok seribu guna
Contoh dakwah paling sempurna ialah azan. Kenapa?

1. Tujuan azan adalah untuk mengajak manusia menuju kejayaan dengan mentaati perintah ALLAH (menunaikan solat), bukannya sekadar hendak memberitahu sudah masuk waktu solat.

2. Azan dimulai dengan kalimah membesarkan Allah (Allahuakbar), kemudian kalimah syahadah (mengajak kepada keimanan kepada Allah serta mengikuti sunah Rasulullah SAW).

3. Kesimpulan bagi azan itu ialah dakwah kepada LAILAHAILLALLAH (Allah Maha Berkuasa, makhluk langsung tidak ada kuasa).

4. Muazzin yang mengalunkan azan, mana-mana orang yang mendengarnya, kemudian mereka menunaikan solat, maka pahala amalan mereka itu masuk ke dalam akaun si muazzin. Betapa besarnya pahala orang yang mengajak kepada kebaikan.

5. Kemudian, muazzin itu sendiri mendirikan solat di masjid. Dia mengajak, dia sendiri buat. Belum pernah jumpa muazzin yang azan, kemudian keluar daripada masjid dan balik ke rumah tanpa menunaikan solat. Mungkin itu orang gila.

6. Untuk menjadi muazzin, tidak perlu tadah kitab banyak-banyak, mengaji fikah tinggi-tinggi. Memadai dia tahu adab-adab dan lafaz azan, dia sudah boleh menjadi muazzin. Untuk menjadi pendakwah, memadai dia tahu satu perkataan lalu disampaikannya. “Sampaikan daripada aku walaupun sepotong ayat.” Bukan susah sangat pun.

7. Muazzin akan bersolat fardhu selepas azan. Maknanya, kalau hendak berdakwah, bukan tunggu amal semua dulu baru hendak mengajak orang lain. Sambil-sambil ajak, sambil-sambil buat. Bukan tahu ajak sahaja, tetapi dia tiada azam untuk buat.

8. Seorang muazzin tidak perlu kisah sama ada orang suka atau tidak dengan azannya. Masuk waktu, dia azan. Macam pendakwah juga, sama ada orang suka atau tidak, dia akan terus menyampaikan dakwahnya. Pendakwah perlu menyukakan Allah, bukan menyukakan makhluk.

9. Muazzin bersusah payah datang ke masjid dan melaungkan azan. Itu adalah tertib dalam dakwah. Tidak boleh dia guna kecanggihan teknologi dengan merakam suaranya, lalu apabila masuk waktu, dia pasang kaset yang direkodnya. Dia boleh guna teknologi sekadar perlu iaitu menggunakan mikrofon (membesarkan suara). Tapi, azan tetap kena ‘live’, tidak boleh ‘miming’.

Wallahua'lam.

Tuesday, August 14, 2012

Ada apa dengan cantik?

Dipetik daripada: http://muscom.iluvislam.com/?p=24

"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi… Begitulah orang yang cantik jarang berbudi..” Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, “Awak ni cantiklah,” maka akan menguntumlah sebutir senyuman di bibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia.


Ah… siapa yang tidak seronok apabila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok apabila dipuji kecewa apabila dikeji.

Akan tetapi lain halnya bagi si mukmin yang berasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa ‘perasan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari. Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan kerenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Na 'uzubillah.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak, adalah pada AKHLAKNYA. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik tetapi derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia, tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Sesungguhnya Allah swt Maha Adil… Nescaya disayangi Allah serta makhluk- makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu daripada dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya.

Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat daripada kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota.

Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah.

Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya, yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan.

Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebenar-benar nikmat?

Wallahua'lam.

Wednesday, July 18, 2012

Berjanggutlah Wahai Lelaki

Rahsia Kelebihan Berjanggut

http://www.rindok.com/blog/rahsia-kelebihan-berjanggut-berjanggutlah-wahai-lelaki/

Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :


· Menampakkan kelelakian

· Kelihatan lebih ‘macho’

· Lebih hensem dan berkarisma

· Nampak soleh

· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati

· Lebih diminati wanita

· Mempunyai manfaat kesihatan

· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka.

Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna.

Wahai lelaki, berjanggutlah.

Tuesday, July 17, 2012

credit to...

Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN




Seorang lelaki bukan Islam telah memeluk Islam. Seorang ulama bertanya kepadanya,

“Apakah asbab kamu memeluk Islam?”

Jawabnya, “Dahulu, saya melihat kamu semua seperti anjing. Kamu menjaga kebun

buah-buahan tapi kamu tidak berupaya untuk memetik buah-buahan itu. Setelah itu,

kamu menakut-nakutkan orang lain yang cuba mengambil buah-buahan di kebun itu.”

Ulama itu tercengang. Ada orang lain di sekeliling mereka mendengar perbualan itu.

Ada yang hendak marah kerana si muallaf itu menuduh orang Islam seperti anjing.

Dia meneruskan lagi, “Sehinggalah saya bertemu dengan orang Islam yang sifatnya

seperti pemilik kebun. Dia menjaga kebunnya dengan baik. Dia mampu memetik

buah-buahan dan merasai nikmatnya. Kemudian, nikmat yang dikecapinya itu

dikongsikan dengan orang lain. Saya turut mendapat ‘buah’ pemberiannya.”

Moral: Orang kafir tidak tersekat daripada memeluk Islam atau merasai agama Islam

yang haq disebabkan oleh sifat ‘anjing’ (hanya tahu menyalak, menakut-nakutkan orang

tetapi ia sendiri tidak mengambil manfaat daripada kebun Islam. Agama ada, tapi

tidak amalkan. Masjid ada, tapi tidak dipenuhkan. Akhlak ada, tapi tidak

ditonjolkan).

Jadilah Muslim yang sifatnya seperti pemilik kebun.

Peringatan: Hendak komen boleh, tapi jangan ‘menyalak’.:-)

Thursday, July 5, 2012

Tuesday, June 19, 2012

curse?

Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Apakah maksud mengumpat?
Mengumpat ertinya memperkatakan sesuatu yang BETUL mengenai seseorang tetapi ia
boleh menyebabkan seseorang itu marah/kecil hati.

Apakah akibat emngumpat?
1. Orang yang mengumpat, pahala amalannya akan terhapus seperti api yang membakar
kayu, hangus tanpa sisa..
2. Dosa mengumpat seperti memakan daging saudara sendiri...
Ruginya ... buat amal banyak-banyak, dakwah sana sini, tapi pahala amalan terhapus
kerana MENGUMPAT.

Bagaimana seseorang itu boleh mengumpat?
1. Perkataan, sama ada jelas atau sindiran
2. Perbuatan, walaupun hanya dengan kerlipan mata
3. Penulisan

Siapa yang terlibat dalam dosa mengumpat?
1. Orang yang mengumpat
2. Orang yang mendengar atau membaca umpatan
3. Orang yang membuka ruang untuk orang mengumpat

Sekian, kuliah hari ni. Amal dan sampaikan.

Sunday, June 17, 2012

Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Mohon sumbangan wang ringgit dan beras seberapa terdaya untuk membiayai pelajar-pelajar miskin meneruskan pengajian alim, alimah dan hafiz al-Quran berserta Qiraat di: 1 - Umul Quro lil Banat, 2 - Madrasah Nurul Islam, 3 - Madrasah al-Quran Pinang Jaya (markaz Jitra) akaun CIMB: 0407-000-2708-528 (Yosri Abdul Ghani) atau 0203-901-00575-12 (Madrasah Pinang Jaya) Setiap sedekah dan infak, mendapat ganjaran yang berterusan insya-Allah... *Untuk rakan-rakan seperjuangan sahaja, tidak boleh copy paste kepada orang awam

Friday, June 1, 2012

kem adik manjaku, felda

Ini anak-anak saya.
Mereka sudah besar..
..dan ramai..
Yippiekiyeay!