Tuesday, April 11, 2017
Friday, January 23, 2015
I love the starting myself, pray it ended with an alright scene.
#SuamiKakiMovie
Penutup 2014 Andy
tak dirancang dari awal sebenarnya. Kisahnya bermula pada malam sebelumnya. Andy
dan isterinya gemar hias rumah dengan DIY (do-it-yourself). Nak jadi cerita,
waktu cuba pasang lampu ruang makan, sekali elektrik short. Sah tikus baiki
labu! Jadi nak tak nak kena upah orang wiring betulkan keesokan harinya (31.12
lah).
Pagi-pagi
pergi kedai renovation, orang wiring katanya ada hal pagi tu, petang sikit baru
ada. Walhal petang tu Andy patutnya pi teman isteri ambil mak mentua balik
umrah dekat KLIA. Lalu bincang dengan isteri, pasal 1.1 orang cuti tahun baru, Andy
pun tak dan ikutlah petang tu, tunggu orang datang wiring. Tak pasal-pasal kena
cas RM35.00. Padahal Andy tak beritahu pun elektrik short, lepas dia pasang
lampu tu, elektrik terus okey. Ceh!
Memandangkan
isteri ke KLIA balik rumah lewat 6 petang jangkanya, wiring lak selesai dalam 3
lebih, Andy ada masa sekitar 2 jam ++ untuk dimanfaatkan! Lama dah fikir
sebenarnya nak layan cerita ni, pasal 2014 boleh kata banyak senarai filem yang
bagus tak berorientasi keuntungan semata lagi-lagi dalam bulan 12 ni. Jadi
cerita yang dimaksudkan, daripada pengarah terbaik bernama sama Andy, hari yang
tepat hari Rabu, waktu tayang pun ngam-ngam pukul 4.30 habis dalam sejam lebih,
tadaa...!!
Ramai cakap tiket hari ni (Rabu-semalam) murah. Betullah tu, dah lama tak bayar tiket harga ni:
Ralat
juga sebenarnya pasal Asar masuk 4.41 semalam. Jenis Andy alhamdulillah minta
maaf jika ada yang nak kata poyo ke apa, tapi prinsip Andy mudah: Kalau kau
boleh lambatkan solat, kenapa tak boleh lambatkan bermasyarakat? Lalu lepas
beratur beli tiket (mujur baloi-mungkin), Andy terus tuju surau tingkat bawah.
Dan-dan lepas wuduk masuk Asar, solat jemaah dengan warga kompleks beriman
(insya-Allah) yang lain, terus pi masuk hall 3.
Rasa
Andy lambat setengah jam, tapi mungkin depa tayang iklan 4.30 tadi, plus cerita
habis sekitar 6.45 camtu. Cuma Andy terlepas scene pengarah Bunohan dengan
Bront. Masuk-masuk dah babak Ijam ditemu ramah wartawan Kil. Okeylah kot, boleh
tangkap cerita lagi.
Andy
kalau jadi juri lawak mungkin bukan jenis yang senang untuk ketawa. Sepanjang
orang lain gelak kaw-kaw (tak tau betul ke buat-buat) Andy senang untuk sengih
kerang je. Babak yang Andy terbahak bila orang kampung, Zahidril nak tangkap
gambar dengan Ijam tapi tak ada kamera. Mungkin juga sebab kawan dia Khir
Rahman, watak lawak kan? Kan? Kan? dalam Rock Oo jadi factor Andy gelak.
Entahlah.
Spoiler
alert. Bagi Andy, movie yang bagus selain ada trivia dan cameo, harus ada
beberapa ayat power untuk diingati penontonnya. Bagus, Nik tak malukan orang
nama Andy, terima kasih mungkin lebih dekat Redza Minhat yang jadi lakon layar
filem ni. Antara ayat power dalam filem ni banyak Andy ingat daripada Ali (ya,
watak gempal tak reti feeling katanya) macam buaya yang tenang jangan disangka
tiada air. Bidalan ni jika terbalik rasanya lagi tepat untuk Toyu yang tuju
bidalan asal ke watak Sofia Jane pasal ada sekali tu Toyu meletup dalam
Jembalang (van diorang on-the-road) bikin semua yang lain diam sat.
Watak
Ijam. Andy juga jenis yang tengok pelakon untuk pilih filem. Walau Andy tak
tengok Ngorat (bunyi **rat Andy kira) memang tak adil Andy nak hukum filem
Datuk tu yang Iedil berlakon dengan Aaron Aziz lagi. Mujur Andy ada tontonan
lain lakonan beliau sebelum ni dalam Pasport Ekspres dan Migrasi (lakonan
bersama Pekin-drama TV9).
Siti
Saleha pandai berlakon. Stok cerita indie Aku, Dia & Tong Sampah, mata dia
berkaca masa cakap, “If you turun sekarang, you want this off.” Power. Sofia
Jane? Memang crush Andy sejak zaman diploma. Senior dia tu! Andy lihat Nad Nisa
macam Nat Portman. Both sapot indie film. Bagus. Humble bak hang..
Overall,
Andy bagi 4 bintang daripada 5 untuk filem ni. Buat kali pertama dalam
hidupnya, dia tengok 2x filem melayu dekat bioskop. Memang tiket harga RM10
pun. Huh. Lalu apa je yang murah Rabu tu? Entah. Sakai..
Ikut
ranking, Andy list KIL yang 500 wannabe tu nombor 1, kedua TDL, ketiga CEO. Sebab
apa? Tema main peranan. Walaupun begitu, Andy bertuah dapat isteri yang bukan
kaki pawagam. Terkini, depa tengok tiga orang dengan anak yang disayangi
(tersayang macam tak sengaja bunyinya, haha) dalam panggung ada beanie bag.
Bolehlah. Selesa sangat untuk famili.
Bagi
Andy, pawagam ni untuk tengok filem yang beautifully shot, nak layan kesan
khas. Tapi 3D glasses? Tak berapa nak masuk dengan Andy. Dua kali tak silap dia
layan 3D tapi peninglah pulak. After all, filem seatmosfera TDL masih ada harapan
dalam permintaan audiens di Malaysia. TDL sendiri bagi Andy boleh mengulang
menang award best film macam Kil.
Balas
Andy: Korang yang dok kutuk filem Melayu pi la sokong invest, bukan bermaksiat.
#katasapot
#hidupsehiduphidupnya #terbaikdarilangit
#puitisnektar
#sayasayangmalaysia
Friday, January 2, 2015
Cerita Satu Petang..
Beratur amek ASB dah macam nak amek BR1M. Panjang bak hang.
Duit punya hal. Berhala akhir zaman. Innalillah. Mengharap hanya di tangan, di
hati jangan.
Pagi tadi, pi RHB, penuh bak hang. Dah bayar parking 6 kupang
sejam, keluar balik pi Giant. Sampai kat post office (at least parking free),
tanyalah kakak kaunter. Cakap nak keluar duit, dia cakap takut duit tak cukup. Tanya dia bila
duit nak hantar, tak tahulah dijawabnya.
Disaran pi ke bank. Bank mana? Rhb, Public & Maybank. Tu yang ada
sini ni. Rehat tadi keluar pukul 12, sekali ditahan Uneh (bukan nama sebenar), 10 minit gak habis. Sampai-sampai Maybank dekat 12.30, orang beratur panjang bak hang.
Abang kawasan dulukan bayar makan, solat Jumaat dekat masjid atas
bukit, lepas solat terus 2 rakaat hajat.
Untung bawa Alif (bukan nama sebenar) teman. Dia siap tunggu di kereta. Tengok jam dekat
2.30, cakap dekat dia: Kita kena perform! Ni awal tahun kot, 1st day kerja 2015.
So ding dong sementara cari parking: Macam nilah, kita tengok ramai
beratur, kau balik ofis dulu with my wife's car. I trust u!
"OK, aku drop kau sini." Makanya saya pun beraturlah ni. Dari tadi dekat
depan pintu, dah depan sikit boleh sandar dinding sambil taip cerita petang ni.
Alif call: Amacam? "Macam tadi le. Takpe, kau balik ofis dulu, papehal
nanti call aku dalam 3.30 insya-Allah pasal aku takdak kredit nih." Alif: Wokey!
Datang sorang pak cik ke depan pintu tingkat 2, terus jump into
conclusion: Takleh jadi ni, sorang 6 minit, 10 orang 60 minit. Bank tutup kui 4. In
fact la ni dah pukul 1517.
Insya-Allah sempat. Solat hajat dah tadi. Kita dah usaha. Ofis pun
ramai cuti, buku banyak KIV. Pasca PBAKL2015 katanya. Pagi tadi pun dah setelkan cover
sikit. Bincang photoshoot senin ni, update report novel, print pruf Hanya Dia Untukku. Ahad cover balik dengan Alif dekat Masjid Falah insya-Allah sampai ke malam.
Plannya gini. Bitau Alif: Terbaik Dari Langit baguih dok hado.
Ingat nak layan 2nd time malam ni, pasai tahun lepas (kemarin je pun) takdan tengok scene awal.
So nak taknak duit kena keluar hari ni gak pasai esok cuti, Ahad nak guna duit minyak bagai.
Memangle turun, tapi tol tak. Ah!
I'm the 13th. Tak tau le dapat ke tak hari ni. Yang penting usaha plus
optimist. Heh. Hasil tu second, effort come first ma. Biar mati berjuang, jangan
kalah terlentang. Ceh, ayat...
Babak beratur ni bagus. Remind of yaumul hisab. Dekat sini dah
tak tahan, sana apa lagilah. Cuma niat tu kena jaga. Kita sanggup beratur kerna
duit, kerna tiket. Gimana untuk agama? Berdiri lenguh kerana-Nya.
Soalan yang patut dijawab di sepertiga malam. Kurangkan tdo, banyakkan
qiam. Siang qailulah, malam tdo awal. Pas Isyak jangan cakap banyak, lepas Witir terus tdo.
Dalam pukul 10 tdo, pukul 4.30 tak pun 5 bangun terus ke Subuh. Biar tahjud gajah, janji buat.
Slow-slow bagi meningkat.
Insya-Allah! Untuk selamat, wawasan akhirat!
Thursday, September 18, 2014
Salah Parking
Borak pagi dengan Man Tayar.
MT: Satu stesen minyak, banyak kenderaan, parking lak penuh. Kau bawak kereta, nak parking cucuk ATM, nampak satu pam kosong, 97, tak ada 95, so kau pun park situ. Tambah lagi memang jarang benar orang isi 97. Okay, fine. Aku pun biasa buat lagu tu. In fact kalau time kau nak isi minyak baru kau nak cucuk duit, itu normal untuk kau parking dulu, lepas keluar duit kat ATM baru bayar. Aku ulang, itu normal.
Ahsan: Yang abnormalnya?
MT: Aku ulang, satu stesen minyak, banyak kenderaan, parking lak penuh. Kali ni kau tak bawak kereta, kau bawak motor. Kau lak tak taulah pikir apa, pergi parking dekat pam yang ada 95, minyak yang selalu orang isi. Ya, tau, kau memang nak isi minyak. First come, first serve. Tapi yang aku dan mungkin orang normal lain tak boleh terima, kami ingat kau pi bayar, tapi orang-orang yang bayar tu tak ada pun yang pergi kat motor tu. Dekat dalam kedai atau ATM, tak nampak pun yang pegang helmet, dekat motor pun tak ada helmet. Dengan tenang, lepas lima minit, tu dia, kau melangkah selamba ke motor tu. Dari jamban, sah kau berak. Ini mengundang kemarahan bang!
Ahsan: ..
MT: Kau tau kau nak berak, kau bawak motor, parking la celah mana pun, takyah la nak parking like a boss sangat! Bang ngang!
MT: Satu stesen minyak, banyak kenderaan, parking lak penuh. Kau bawak kereta, nak parking cucuk ATM, nampak satu pam kosong, 97, tak ada 95, so kau pun park situ. Tambah lagi memang jarang benar orang isi 97. Okay, fine. Aku pun biasa buat lagu tu. In fact kalau time kau nak isi minyak baru kau nak cucuk duit, itu normal untuk kau parking dulu, lepas keluar duit kat ATM baru bayar. Aku ulang, itu normal.
Ahsan: Yang abnormalnya?
MT: Aku ulang, satu stesen minyak, banyak kenderaan, parking lak penuh. Kali ni kau tak bawak kereta, kau bawak motor. Kau lak tak taulah pikir apa, pergi parking dekat pam yang ada 95, minyak yang selalu orang isi. Ya, tau, kau memang nak isi minyak. First come, first serve. Tapi yang aku dan mungkin orang normal lain tak boleh terima, kami ingat kau pi bayar, tapi orang-orang yang bayar tu tak ada pun yang pergi kat motor tu. Dekat dalam kedai atau ATM, tak nampak pun yang pegang helmet, dekat motor pun tak ada helmet. Dengan tenang, lepas lima minit, tu dia, kau melangkah selamba ke motor tu. Dari jamban, sah kau berak. Ini mengundang kemarahan bang!
Ahsan: ..
MT: Kau tau kau nak berak, kau bawak motor, parking la celah mana pun, takyah la nak parking like a boss sangat! Bang ngang!
Tuesday, April 29, 2014
cover melesa
Ahsan cakap, dia nak cover buku ini ada tulisan besar melesap dengan gambar kartun beliau memakai t-shirt warna merah bertulis: real men read books
#bebaspress
ilustrator n font: confirm by otai Aie!
Kenapa judul buku ni melesap (fading)?
Tapi kalau sekali pandang, perkataan melesa lebih menyerlah. Yalah, huruf p ternyata semakin fade away atau dengan kata lain sudah pun lesap, gone, vaporize. Ada juga seakan bunyi Malaysia oh tanah airku (patriotik beb, itu mesti), dekat sikit dengan Melissa (who's that girl). Apa pun, Radzi Melissa dah pun jadi ustaz, Melissa Saila pun dah bertudung. Itu perkembangan yang positif bukan? Heh.
Sebetulnya, melesap adalah akronim kepada frasa me.strepiece le.bih sa.kedar p.icisan. Mungkin ramai orang keramaian memandang buku ini tidak lebih daripada naskhah yang sia-sia. Tak baca pun tak apa. Pinjam istilah kesukaan Pak Web, ibrah. Pembaca yang sudi meminjamkan mata hati, pasti ketemu ibrah sebalik kesemua kisah dan tulisan dalam buku ini. Ya, ia tentunya satu karya agung Andy Hamzah istimewanya buat pembaca sekalian.
Sekian. Layan. ;)
Wednesday, February 12, 2014
mu tunggu kami datang part 5
Wan
Malam
tadi aku tidur rumah abang dekat sini. Pagi ini mahu jadi pemandu pelancong
untuk abang dan kakak yang aku tumpang kereta mereka. Jadinya pagi dalam jam 11
lebih aku pun tunggu di Masjid Abidin, mahu ke Pasar Payang katanya.
“Assalamualaikum
tuan, lama tunggu?” Tuan Ahsan menyapa aku sebaik tiba di masjid.
“Eh,
takdelah. Boleh tahan jemu. So nak ke Pasar Payang la ni eh?”
Dengan
lancar Tuan Ahsan berbicara, “Insya-Allah pagi ni, kita pusing-pusing kat Pasar
Payang, pastu lunch kat umah akak bekas bakal Alif. Pastu beli kopok lekor,
pastu balik.”
Bagus.
Lega dengar, lagi cepat lagi bagus balik. Haha. Selesai pusing dengan mereka
dan layan Tuan Ahsan beli-belah itu sikit ini sikit, Bonda Nor telefon Hajidah,
ajak makan tengah hari. Rancangan mula bertukar sikit. Selepas makan dibelanja
beliau, kami jalan tepi pantai Batu Buruk turunkan makanan dalam perut. Selepas
itu menuju ke Masjid Kristal tunai solat jamak takdim Zuhur Asar. Kemudian aku
pun lena beriktikaf di masjid itu.
Bangun-bangun
dalam jam 4 petang menuju ke Kg. Losong, cari kedai Adik-Beradik. Sekali Ustaz
Wahab ajak datang rumah pula. Rancangan semakin bertukar banyak. Sesatlah pula.
Di
rumah Ustaz Wahab, Alif hubungi kakak bekas bakalnya. Tak dapat. Berkali-kali
cuba, akhirnya baru dapat. Tuan Ahsan mendengus, “Dapat pulak..”
Kami
pun ke rumah kakak bekas bakal Alif. Baru nak pergi beli makanan pula. Maka
tunggulah makanan tersebut. Kami pusing-pusing di belakang rumah itu, lihat
burung pelbagai spesis, salah satunya Merpati Belon, lagak ayam serama mendabik
dada. Takbir!
Tuan
Azam ajak solah di R&R. Tuan Ahsan bantah, “Itu semua bisikan syaitan.”
Makanya,
kami pun bertolak Maghrib itu menuju KL. Cari masjid sebelah kiri, nampak yang
pertama, terlepas pula. Dipilih juga solah jamak takdir Maghrib Isyak di masjid
seterusnya. Alhamdulillah. Sekali abang aku tahu aku pergi bengkel penulisan.
Tuan Khairy muat naik gambar di Facebook. Dia juga kawan abang aku di situ.
Apa-apa pun, dakwah mesti terus!
Tuesday, February 11, 2014
mu tunggu kami datang part 4
Alif
“Pulak.”
“Apa
hal lak ni?”
“Ustaz
Wahab, eksiden.”
“Innalillah,
teruk tak?”
“Dia
alhamdulillah okey, motor dia la, depan hancur sikit. So malam ni dia tak dapat
datang bawak jenjalan makan nasi dagang le.”
“Ha,
yang tu ko tolong cakap kat Hajidah nanti.”
Hajidah
pun turun. Dahlah tadi aku hilangkan kunci, mahu beritahu pasal kena bayar
seorang RM50, ini kena beritahu dulu pasal Ustaz Wahab pula, cabaran sungguh.
“Ji,
Ustaz Wahab eksiden,” tegar aku bersuara.
“Allah!
Melepas lagilah nasi dagang aku. Huhu.. bini dia ok tak?” nasi dagang datang dulu.
“Ok
je. Lagi satu ji, kitorang dah bincang pasal kunci. Kita ada lima orang kan?”
“RM50
tu Lif, duit makan seminggu kot. Ko ni cuailah,” amboi, cepat tangkap.
Ahsan
tanya pasal kawan Azam yang diam sini, “So Zam, apa cerita, member ko datang
bila?”
“Dia
kuar ngan bapak dia sat. Kul 10 lebih baru datang. So kita pergi makan dululah.
Straight ni kawasan Cina, kanan ni Melayu. Kita jalan sinilah. Takkan datang
jauh-jauh makan KFC lak. Kita cari kedai makan melayu, dekat depan sana kot.”
Kami
pun jalan kaki malam itu, “Aku nak jumpa Emma Maembong.” Mahu lupakan kunci.
“Azam,
tu lampu limpah tu stadium kan? Mana lawan? Jom!”
“A’ala..
jom, jom! Tu macam lagu Selangor, tapi tadi siang nampak bas JDT.”
Hajidah
cakap, “Wei, taknaklah tengok bola, nak makanlah.” Sampai pun kedai
makan.
“Ya
cikgu, duduk sini.” Ahsan macam tersihir terus duduk. Kami tiga orang ikut
belakang.
Pak
cik kedai bersongkok itu buat aku tergelak, “Ya Farid Kamil, nak makan apa?
Remy Ishak?” merujuk kepada Azam. Hajidah pula, “Ya, Farah Fauzana nak order
apa?”
Sunday, February 9, 2014
mu tunggu kami datang part 3
Ahsan
“Alhamdulillah,
setel bengkel. Ni apa cerita lak ni?
“Alif
hilang kunci, ko ada jumpa? Dah berkali carik. Semua pun dah tanya,
receptionist pun.”
Aku
dapat panggilan daripada Hajidah, “San, Bonda cakap kalau tak jumpa gak kunci,
nanti dia bagi kontek kawan dia yang tau bukak pintu.”
Di
luar hotel Seri Malaysia, Azam, aku, Alif, Khairy tengah cari jalan buka pintu.
“Nah,
aku pinjam pembaris besi kat receptionist,” hulur Hajidah kepada Azam. Maka
Azam pun bersungguh-sungguh cuba membuka pintu kereta lagak macam dah biasa.
“Lif,
ko call je la Cik Man kunci, kawan Bonda ni. Cakapla apa yang patut.”
“Assalamualaikum
bang, saya Alif kawan Bonda. Ni, kereta saya hilang kunci. Ingat nak tolong
minta buka pintu boleh? Eh.. eh bang! Takpe takpe, dah boleh dah.”
Namun
kunci masih tiada dalam but kereta. Senja itu, Alif telefon Wan, tanya pasal
kunci. Dia balas, “Takdelah tuan. Apa kata, tuan solat hajat dua rakaat.
Selesai masalah.”
Maghrib
itu, dengan bilik hotel dalam keadaan selepas digeledah, kami solat jamak
takdim Maghrib Isyak berjemaah. Aku cakap lepas solat, “Jom solat hajat, baca
surah lazim.”
Dan-dan
lepas solat, aku cakap, “Lif, aku dah dapat solution ni, nak dengar?”
“Coba,”
balas Alif lagak P. Ramlee dalam Tiga Abdul.
“Ditakdirkanlah
kunci tak jumpa lagi, dan Cik Man pun cakap RM250 kan? So kita berapa orang? Ko
pikir tak apa yang aku pikir?”
“Tulah,
aku dalam sujud akhir tadi pun pikir benda yang sama. Betullah, dalam solat ada
ubat. Tapi Wan macam mana, takkan dia kena bayar sekali.”
Azam
menyampuk, “Takpelah Lif, kita datang sekali kan. Ko bukan sengaja hilangkan
kunci. Tulah semalam patut tukar mandu dengan aku. Tak pasal-pasal bayar sorang
RM50. Adoi.”
“Semua
ada hikmah. It happens. Apa Nabi risau, tu kita risau. Jomlah turun cepat,
Ustaz Wahab dah tunggu kat bawah ni, nak tunai hajat nasi dagang Hajidah katanya.
Cergas!”
Thursday, February 6, 2014
mu tunggu kami datang part 2
Azam
“San,
aku nak ikut pi Terengganu.”
“Betul
ni? Satgi aku tanya Alif.”
Sebenarnya,
aku ada program dengan seorang kawan esok ini insya-Allah. Ada perlu tangkap
gambar sikit. Aku tanyalah, apa aku dapat? Sekali dia nak belanja makan saja.
Huhu, setakat belanja makan, itu yang lemah dengar. Paling kurang pergi
Terengganu, tak dapat upah, dapat jalan-jalan. Nak jadikan cerita, ini
perbualan Ahsan dan Alif petang itu:
“So
apa cerita?” soal Ahsan.
“Tulah.
Kereta aku kalau ramai-ramai dia mendak kot,” balas Alif.
“Pakailah
kereta Azam,” syor Ahsan.
“Kereta
dia kat kampung lak.”
“Guna
kereta kompeni. Pinjam Puan Jal. Hantar dia balik. Boleh jadi macam dulu-dulu.
Korang kan jiran,” syor Ahsan dengan nada gurau.
Alif
macam orang dalam dilema. Padahal mahu selesaikan urusan kereta saja. Ini dah
macam orang nak buat keputusan kahwin. Aku dah cakap dekat dia, aku tak kisah
pun kalau tak dapat ikut. Aku tak ada niat apa pun cakap begitu, saja tak mahu
susahkan kawan.
“So
Alif, macam mana?” soal Ahsan lagi.
“Azam
kita cantaslah,” dengan yakin Alif bersuara.
“Betul
ni? Apa lagi? Bitau ar dia. Takkan aku lagi. Aku dah mintak duit kat bos, pasal
kereta ko setelkan pulak ar,” Ahsan bersuara dengan nada berkira.
“Hmm...
bukan apa. Ko penting, pasal ko penceramah. Wan penting, dia peserta. Aku lagi
penting, pasal naik kereta aku. Azam penting, pasal dia cameraman. Hajidah?”
“Dia
pentinglah, pasal nak buat berita masuk majalah.” Semua penting bagai.
“Azam
takleh buat? Dia kan wartawan gak. Ko pun boleh,” nada Amy Mat Piah, Rock Oo.
“Malas
aku. Azam orang baru, Ji lagi terer buat berita. So? Malam ni dah nak gerak
ni.”
Monday, February 3, 2014
mu tunggu kami datang part 1
Hajidah
“San,
aku nak ikut pi Terengganu boleh?” aku tanya senyum-senyum.
“Boleh,
ko nak naik apa?” soal Ahsan semula.
“Aku
tumpang koranglah.”
“Bereh.
Boleh tong-tong minyak, heh.”
“Bayaran
macam mana? Aku kena bayar berapa?”
“Insya-Allah
aku tanya Cikgu Khairy, dia yang anjurkan. Aku jadi penceramah jemputan je.”
Lepas
waktu rehat, Ahsan datang bahagian majalah beritahu aku, “Ji, ko dah baca
facebook?”
“Baca
apa?” aku agak kebingungan di situ.
“Pasal
bengkel la. Semua yang ko nak tau pasal bayaran ada situ. Aku da invite ko
private message dengan Khairy and Bonda Nor. Papehal beritahu balik ya.”
Teknologi sungguh.
Lepas
aku baca, lepas Asar pula, Ahsan naik lagi ke bahagian majalah.
“Huh,
aku ingatkan free. Sekali kena bayar yuran gak. Nanti aku fikir baliklah.”
“Ok.”
Ahsan jawab ringkas.
Tidak
lama selepas itu, aku menyampuk dalam ‘private message’ di Facebook. Dengan
selamba aku taip: Assalamualaikum semua, saya Hajidah.
Hajidah:
Boleh tak beri diskaun lagi untuk saya datang bengkel esok ni insya-Allah?
Sebelum
itu sebenarnya Cikgu Khairy sudah beri diskaun yuran daripada RM150, jadi
RM100. Sebetulnya juga, aku saja mahu ikut, jalan-jalan ke Terengganu, setakat
kongsi bayar minyak. Ingat nanti boleh tumpang tidur bilik hotel kongsi dengan
Bonda Nor. Lalu tidaklah mahal sangat kos cuti-cuti ini. Itu pasal jika boleh
mahu minta kurang lagi.
Bonda:
Entah ustaz, mana ada orang cas media datang buat liputan.
Hajidah:
Macam ni, saya buat berita untuk masukkan dalam majalah, tapi bengkel saya
duduk free, boleh? Hehe..
Khairy:
Oklah, free.
Subscribe to:
Posts (Atom)



