Sunday, December 30, 2012

JANGAN GOPOH DALAM BERDAKWAH

Wed, October 17, 2012 2:55 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

“Sebenarnya kalian gopoh dalam melakukan kerja dakwah ini. Kamu juga tidak melakukannya dengan pendekatan yang lemah lembut. Akibatnya, kerja ini menjadi seperti seorang perempuan tua yang tidak pernah beranak ketika muda. Setelah dia beranak pada usia tua, maka dia mahu bayinya membesar dengan cepat. Lalu diberinya bayi yang baru menyusu itu makan roti sedangkan bayi itu belum tahu memakan roti sehingga roti itu tertinggal di dalam perut bayi itu, tidak dapat dihadam. Tidakkah kamu berdua pernah mendengar bahawa tergesa-gesa itu amalan syaitan dan bersabar itu daripada Tuhan ar-Rahman?”
Nasihat daripada Syam'un kepada Yuhana dan Bulus, iaitu utusan yang dihantar oleh Nabi Isa kepada penduduk Antakiah. Syam'un menyampaikan nasihat itu kepada dua orang sahabatnya yang dipenjarakan kerana menimbulkan kemarahan Raja Antakiah yang menyembah berhala.
Kisah ini terkandung dalam "Himpunan 20 Kisah Wali Allah" - Khairy Tajudin - masih dalam pembikinan.
Moral: Dalam dakwah, perlu ada kesabaran dan pendekatan yang lemah lembut. Perlu bersabar untuk melihat perubahan. Jangan menjadi seperti perempuan tua yang baru dapat anak ketika tua dan mahu anaknya membesar dengan cepat seperti dalam kisah di atas.

No comments: