Wednesday, June 12, 2013

Human idol


Berhala paling besar

Pagi itu Ahsan masuk awal ke tempat keperluannya. Tempat keperluan untuknya mencari nafkah buat keluarga. Dari Keramat terus ke Kota Damansara, kadang-kadang lalu MRR2, tetapi jika rasa dah lewat, terus lalu DUKE. Berdukalah Ahsan jika selalu begitu.

            Seperti kebiasaannya, apabila tiba ke ofis awal, pintu bangunan menuju ke tingkat tiga, aras pejabat penerbitan masih lagi berkunci mangganya. Selepas finger print di bangunan sebelah, Ahsan duduk sementara di ruang legar bangunan pentadbiran itu menunggu pemegang kunci datang untuk finger print pula. Sedang belek sebuah buku yang berada di rak buku di situ, orang yang ditunggu pun tiba. Lalu Ahsan menurutinya, kemudian naik ke aras tiga menuju ke tempat duduknya.

            Sambil membaca doa mendapat idea baik yang dihafalnya, tangan kanan Ahsan pantas menekan suis komputer, bersedia untuk meneruskan tugasnya hari itu. Tadi sewaktu menunggu pintu dibuka, Ahsan menerima SMS berkenaan mesyuarat jawatankuasa penilai yang perlu dihadirinya petang ini. Justeru, menyediakan powerpoint untuk mesyuarat itu menjadi tugasan pertamanya pagi itu.

            Sedang Ahsan copy paste sinopsis cerita, buang itu buang ini ke dalam powerpoint, datang teman sepejabat mengucapkan, “Pagi!” Ahsan balas dengan beri salam. Salam dijawab, lalu temannya menyoal pula Ahsan, “Siapa yang patut beri salam? Orang kat luar ke.. orang kat dalam?”

            “Orang Islam..”

            Terdekah teman Ahsan itu. Dia meneruskan dialog seterusnya, “Dah makan? Jom!”

            Ahsan okey saja. “Kat mana?”

            “Kerusi merah.”

            Terpapar imej kereta evo, model apa Ahsan tidak pasti kerana itu bukan minatnya. Teman Ahsan berkata, “Tunggulah nanti, kalau gaji dua puluh empat ribu, bolehlah aku beli..”

            “Betul! Aku bolehlah kerja dengan kau, kau bayar gaji empat ribu pun, apa ada hal, ada lagi dua puluh ribu..”

            “Haha.. lepas tu aku bagi kau seratus, pi beli roti. Balik-balik tengok.. mahalnya!”

            “Heh, sekali-sekala berangan jadi orang kaya cambest gak, cam bangang pun ada..”

            “Haha! Ko ni sakaila..”

            Sampai di kedai berkerusi merah, Ahsan menyoal temannya itu, “Kau makan apa?”

            “Kau amek la dulu, ti aku pulak.”

            Rambang mata Ahsan tengok kuetiau, sardin, begedel.. kacang pis? “Lauk baru ni, apa je dia letak?” sambil tangan Ahsan menguis dengan senduk dalam bekas lauk yang agak baharu baginya itu. “Laa.. ikan bilis..”

            Menu Ahsan pagi itu, nasi lemak, sambal kacang, begedel kegemaran dengan teh o panas. “Tak panas pun, ni suam ni, kak tambah air panas, tak panaslah air ni..” elok Ahsan dah minum suku dari cawan, ditambahlah air panas yang diminta. “Ha, baru betul panas..”

            Teman Ahsan itu makan roti kosong dengan teh o ais. Dia mula buka cerita, “Aku nak tanya kau sikitlah, kau rasa ada ke orang macam dalam drama, mula-mula dorang gaduh, pastu dijodohkan orang tua, pastu suka sama suka, ada ke orang macam tu?”

            Ahsan dah telan dua tiga suapan nasi lemak berbegedel, lalu membalas, “Ada kot. Kenapa? Mak kau ada nak jodohkan dengan sesape ke?”

            “Takla.. aku cuma tak tau jalan cerita aku ngan Yuyu ni..”

            “Hmm.. entahlah Zi.. dia kalau sebelum kahwin pun dah berat lepas lahwin lagi berat ujian dia. Pasal kes kau ni, kalau dia kat tempat kau, kau kat tempat dia, lain. Yalah, baru ni aku tanya sepupu aku, dia teman kawan dia pi majlis kahwin. Aku tanya, muda betul kawan kau kahwin. Dia cakap bukan kawan dia kahwin, sepupu apa entah yang kahwin. Tapi dia cakap, ala Abang Asan, standard la sekarang orang kahwin muda. Aku tanya balik, orang laki kahwin muda? Tabikla.. banyak tul duit dia.. Dia balas, ala.. mak ayah support la.. Huh, patula. Tapi bagus jugek, nak elak maksiat.”

            Razi balas, “Kawan aku laki ramai je dah kahwin.”

            “Famili dia biasa-biasa macam kau ke macam Yuyu?”

            “Macam aku la, tapi dorang murah, lima ribu dah boleh jalan. Jenis famili mudahkan la.”

            “Heh.. rezeki la tu. Tapi betul gak cam ko cakap, belanja nak turun singapore bukan sikit, aku pun tak mampu nak bawak rombongan macam tu.”

            “Entahlah San.. Aku kadang-kadang fikir yang Yuyu tu bukan jodoh aku..”

            “Dia bagi aku korang ni dah comel dah..”

            “Aku comel?”

            “Maksud aku dari sudut rupa, dah macam pinang dibelah dua la kan.. tapi tu la.. soalnya sekarang duit. Kalau famili dia biasa-biasa macam ko takpe, ni dengan ada degree lagi. Tabik la cara kau fikir, kalau ada orang lain, baik lepaskan la. Dia layak macam kau cakap.”

            Razi mengangguk lemah sambil mata merenung entah ke mana.

            “Biasa kita dengar nak kahwin kena tengok empat kan? Cantik, agama, harta ngan keturunan kan? Aku pernah baca ada lagi satu empat, yang ni tak silap, first memang kena lagi cantik la, tapi harta, ilmu ngan tinggi, laki kena lebih daripada perempuan. Nak soheh kau pi tanya ustaz. Dalam kes sekarang ni, orang mungkin tak pandang sangat ilmu, yalah ada master pun kena tipu. So halangan terbesar yang aku nampak, kewanganlah..”

            “Tulah, aku pun rasa camtu gak.”

            “Tapi bagi aku, kau tak boleh give up. Mana tahu jodoh korang kuat, esok lusa kau dapat durian runtuh, siapa tahu. Layan je la.. cuma kalau dah sampai masa dia nak kahwin sangat, ada pulak orang lain, terpaksa la.. kesian kat dia je.”

            “Aku pun fikir camtu.”

            “Bukan apa, kau anak sulung, banyak lagi tanggungjawab. Lain la kau sorang, tak ada siapa nak tanggung, itu lain cerita.”

            “Betul la.. kita sayang orang tu.. kadang kita kena lepaskan dia kalau ada orang lain boleh buat dia bahagia..”

            Ahsan menghembus nafas berat. “Balik bab duit, nak kaya kena balik pada sunnah. Berapa ramai Melayu kaya pasal bisnes. Bukan nak cakap dorang menipu ke apa, dah memang orang Islam sembilan persepuluh rezeki datang dari bisnes, nak tunggu apa lagi?”

            “Aku memang nak buat bisnes pun..”

            “Dia bila keadaan mendesak, kita kena buat apa yang patut kita buat. Dah tak boleh nak rilek sangat..”

            Duit itu apa? Duit itu makhluk. Disimpan untuk dihabiskan. Kadang-kadang Ahsan terfikir, dia mungkin cuak mahu berkongsi ilmu depan orang semasa bengkel penulisan bukan sebab apa, sebab orang yang datang bayar ratusan ringgit untuk datang bengkel tersebut. Dia fikir semula, dia sebenarnya bukan berdepan dengan peserta bengkel, dia sebetulnya berdepan dengan berhala terbesar manusia sekarang ini iaitu duit.

            Mahu keluarkan kebesaran duit daripada hati ada ustaz beritahu Ahsan, “Jangan cerita sangat bab dunia. Selalu cerita kebesaran akhirat. Jangan pegang kerap sangat duit (literally). Kalau nak bayar apa-apa, bagi duit yang paling elok. Jangan bagi yang dah buruk. Sedekah tanpa tengok apa dalam kocek. Misal kata dalam kocek ada seringgit dengan sepuluh ringgit, seluk terus, kalau yang keluar tu sepuluh, halal. Lagi besar lagi bagus. Belanja orang time sengkek. Tiap malam sebelum tidur baca kitab fadhilat sedekah.”